Lilypie 1st Birthday Ticker

Tuesday, August 4, 2009

KISAH HUJUNG MINGGU

Yang terpekik terlolong sampai keluar urat-urat di leher, rata-ratanya Melayu. Pengusaha gerai-gerai pasar malam yang terpaksa menanggung kerugian pun rata-ratanya Melayu juga. Siapa yang rugi? Fikir-fikirkan lah…

Demonstrasi diwar-warkan sebagai tunjuk perasaan anti ISA. Tiba-tiba keluar sepanduk “Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia!” yang dipegang oleh mereka-mereka yang berkopiah. Laa… pulak dah! Ingatkan tadi demonstrasi anti-ISA. Ini apa pulak terselit isu kematian Beng Hock?

Apa sebenarnya hala tuju demonstrasi hujung minggu baru-baru ini? Saya agak pening dan keliru.

Ruginya bila bertindak membuta tuli tanpa ilmu di dada. Agaknya, berapa ramai di antara mereka yang berdemonstrasi telah membaca akta ISA dan faham apa yang mereka perjuangkan? Atau, mereka cuma bertindak mengikut telunjuk tuan besar dan justeru itu, hanya layak dipanggil sebagai boneka-boneka sahaja? Kesian…

Berjuanglah secara bijak. Kamu sudah diberi mandat oleh rakyat untuk bersuara di Dewan. Jadi, gunakanlah mandat itu sebaik mungkin. Saluran yang betul sudah tersedia. Jadi, mengapa masih perlu berarak macam kambing pulang petang di tengah-tengah bandaraya?

Lagak seperti ini membuatkan saya menjadi bosan.Saya mahu pembangkang yang lebih “pro-active and assertive”. Jangan kerana anda pembangkang, segalanya hendak dibangkang! Dan berjuanglah untuk rakyat. Bukan untuk membalas dendam kesumat yang membara di dada. Tunjukkan sedikit kematangan dalam berpolitik.

Percayalah, bukan semua rakyat suka berdemonstrasi membuta tuli tanpa arah tuju pada hujung minggu.

Jika inilah lagaknya, tidak mustahil suatu hari nanti, anak cucu saya akan menjadi hamba di negara sendiri. Sedih sungguh bila difikirkan… Buat apa menang sorak tapi akhirnya kampung tergadai? Bilalah Melayu akan sedar?

2 comments:

Admin CCZ said...

Walau berjuta orang melahirkan kekesalan dan kemarahan, pihak-pihak ini akan terus memekakkan telinga.mereka beria-ia mengatakan jika mereka berkuasa mereka akan mengutamakan keadilan. Yang lemah akan ditukar sedangkan sehingga ke detik ini, negara diganggu dan dihitamkan oleh mereka juga semata-mata inginkan perhatian dan sokongan.

Melayu akan sedar bila mana mereka meminta sedekah di bumi sendiri.

Tun Teja said...

CCZ,

Saya sedih melihat gelagat sesama Melayu. Tak sedar yang kita sedang dipergunakan.

Kalaulah kita boleh bersatu...