Lilypie 1st Birthday Ticker

Monday, July 6, 2009

SIRI TEPI TINGKAP I

Pentas politik di Malaysia memang menarik. Plotnya boleh dibuat opera sabun. Terlalu banyak kejutan sehingga tidak mengejutkan lagi. Walaubagaimanapun, hati ini tidak pernah terpanggil untuk menulis perkara berkaitan. Rasanya sudah terlalu ramai penganalisis politik tidah bertauliah membiak di sekitar “world-wide-web”. Ada ketika, mata terkabur sedikit dalam membezakan mana yang betul, mana yang palsu. Manakan tidak? Masing-masing tidak mahu kalah; cara penulisan sungguh meyakinkan. Segala fakta sepertinya datang terus dari punca utama. Hebat sungguh!
Ada masanya, jari-jemari terasa gatal untuk menaip komen atau bidasan, tetapi minda sentiasa menarik diri ini kembali ke alam nyata. Buah fikiran pun bercelaru; manakan mampu menyusun ayat-ayat secara bijak. Ayat-ayat cinta pun tak lulus. Inikan pula ayat-ayat politikus. Saya tidak pandai bermain kata. Saya cuma tahu apa yang ada di benak fikiran ini. Kesudahannya, banyak artikel-artikel yang terbiar sebagai “draft”. Atau mungkin, saya ini sebenarnya pengecut. Takut dikecam. Boleh jadi juga…

No comments: